RSS

Monday 8 February 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbkt

Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsung Sleep Over Party HELWA di rumah kak Normala bermula jam 6.30 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah talk dengan tajuk STRESS oleh Dr Murni, seorang physiciatrist. Selepas itu semua yang berkumpul makan bersama sama sambil menonton filem Ketika Cinta Bertasbih. Kemudian tetamu yang datang membaca surah Al Mulk dan tafsiran ayat disampaikan oleh Kak Suhaila. Kami semua tidur agak awal supaya sama-sama dapat melakukan solat sunat sebelum Subuh.

Selepas solat Subuh, senamrobik dipandu oleh Azyan, Solehah dan Kak Siti. Menu sarapan pagi ialah nasi lemak..Pihak SMSA Women mengucapkan terima kasih kepada HELWA kerana menjemput kami bersama sama menjayakan Sleep Over Party. Diharap aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sedikit perkongsian dari party tersebut : HOW TO BEAT STRESS!

H - Holiday
O - Open Up (communication)
W - Work (identify problems)

T - Try to concentrate on the present
O - Own up to feeling stress (it is ok to admit we are stress)

B - Be realistic
E - Eat a balanced meal
A - Action plan
T - Time management

S - Set priorities
T - Talk things over
R - Relaxation
E - Exercise
S - Say NO and dont feel guilty
S - Seek Help

Semoga kita semua dapat menjalani hidup ini dengan gembira dan penuh barakah..

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .