RSS

Wednesday 3 February 2010

FILTER...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbkt.

Pening dengan email yang asyik berlumba lumba masuk ke dalam inbox anda? Seperti tidak sabar nak menyumbatkan ianya ke dalam tong yang ada dalam Yahoo Mail itu? Ataupun mengambil sikap biarkan saje emel-emel itu tanpa dibuka dan tidak dibaca?

Moga kita tidak termasuk ke dalam ketiga tiga golongan di atas..Bukan apa, takut suatu hari nanti bila kita memerlukan pertolongan orang, orang buat tidak tahu pula kepada kita..Sama ada buat tak tahu, atau mencampakkan permintaan kita itu kedalam tong sampah sahaja..Naudzubillah. Eh, apa kaitannya? Hehe, fikir-fikirkan..


Oleh itu, mari belajar membuat filter dalam Yahoo Mail yang lebih sistematik dan kemas. Mudah saja..JOM..antara MAHU atau TIDAK sahaja selepas ini kerana TAHU sudah diberikan..


1. Buat satu folder di Yahoo Mail anda di bahagian kiri anda seperti SMSA Women.
2. Copy alamat emel
yang anda mahu seperti smsa_women@yahoogroups.com
3. Click OPTION di sebelah kanan atas emel anda.
4. Click MAIL OPTION.
5. Click FILTER di sebelah kiri emel anda.
6. Click CREATE OR EDIT FILTER.Click ADD.
7. Isi bahagian To or Cc Header di sebelah kotak yang bertulis contain dengan alamat emel yang dicopy tadi.
8. Isi bahagian Then move the message to dengan memilih folder yang telah dibuat di no 1 tadi


Selamat Mencuba..

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .