RSS

Sunday 4 May 2008

Kek Chocolate Moist “ Kasih Tidak Bertepi”


Kek Chocolate Moist “ Kasih Tidak Bertepi"

(Norshazwani Othman @ iman_muslihah)

Assalamualaikum.

Dearest sisters,


Sebenarnya saya berminat berkongsi resepi kek ini adalah kerana kek ini mempunyai memori yang sungguh istimewa . Inilah kek pertama yang pernah saya buat sendiri tanpa bantuan orang lain dan yang paling membuatkan ia bermakna ialah apabila kek ini dibuat khas untuk orang-orang yang saya sayangi.


Kek ini pernah didedikasi khas untuk “ibu usrah” saya iaitu Kak Nik Munirah Nik Nasir ketika hari jadinya. Ketika itu saya, Atikah dan Kak Jihan bersama-sama membuatnya. Hehe.


Dan baru-baru ini, ketika hari jadi ibu angkat saya, Ummi Zaharah, sekali lagi kek ini saya hadiahkan untuknya.


Sengaja saya memberi nama Kek Chocolate Moist “Kasih Tidak Bertepi”.


Jika diteliti, tiada bahan-bahan yang mahal-mahal dan istimewa yang digunakan untuk membuat kek ini.


Tetapi yang pastinya, nilai CINTA dan KASIH SAYANG menjadi ramuan yang tidak mampu disediakan oleh mana-mana chef terkenal.


Kerana ianya hanya terbit dari hati si pemberi.


Semoga saya akan ada lagi peluang untuk membuat sesuatu untuk orang-orang yang saya sayangi,insyaalah.


Selamat mencuba! Ingat, ramuan utama ialah secebis kasih sayang anda!



Bahan-bahan ( loyang 9 in )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

SELAMAT MENCUBA

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .