RSS

Tuesday, 6 May 2008

Baiti Jannati



BAITI JANNATI
(Eliyana Saliha Elias)


Salaam


Baru-baru ini,aku telah diberi amanah oleh Women’s Officer kita untuk berkongsi sedikit maklumat yang aku dapat semasa majlis HELWA PMPMS pada Sabtu lepas.


Majlis tersebut dibuat di Rumah Kak Laily di Pearce Road. Ini adalah pertama kali aku ke sana dan terima kasih aku ucapkan kepada Zulfa teman sekolahku kerana sudi menemani diri untuk ke sana.


Antara tentatifnya adalah seperti berikut:


5.15: Solat asar berjamaah.
5.30: bacaan Al-Ma'thurat
5.45: Perbincangan: Rumahku Syurgaku, (baiti jannati) oleh Puan Zahrah
6.30: Demo masakan: cara membuat cendol
7.00: upacara makan2
7.30: bersurai


Nampak tak tajuk pengisian minggu ini?


Baiti Jannati atau dalam bahasa ibunda kita, Rumahku Syurgaku.


Tajuk pengisian ini telah diubah sedikit kepada :


Baiti jannati, cahaya mata ku...


Walaupun tajuk itu tidak relevan dengan keadaan diri ini yang masih belum mempunyai anak tetapi di kala anak-anak postgraduate berkeliaran di rumah itu membuatkan aku berfikir bahawa mereka iaitu kaum ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup.


Izinkan aku mengupas tajuk pengisian yang telah disampaikan oleh Puan Zahrah (lebih dikenali sebagai Ummi Zahrah).


Perbincangan dimulai dengan mengatakan tentang kebahagiaan. Setiap keluarga inginkan kebahagiaan, tidak kira yang sudah atau belum berkeluarga. Kepada yang belum berkeluarga ingatlah bahawa kita masih mempunyai ibu bapa, dan adik –beradik.


Tetapi bagaimana untuk mencapai kebahagiaan tersebut?


Berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh Ummi Zahrah kita, selagi kita bergelar seorang isteri,ibu, anak dan juga pelajar apa yang perlu kita lakukan adalah menunaikan amanah. Amanah dan tanggungjawab yang kita pikul sebagai seorang yang bergelar insane yang dijadikan Allah di muka bumi ini. Dalam konteks, anak, pendidikan anak adalah yang paling penting sekali. Ini kerana anak itu adalah seperti selembar kain putih dan kita( yeker ni? ) sebagai ibu khasnya perlulah mencorakkan kain putih itu dengan baik.


Kemudian, majlis diteruskan dengan berbicara mengenai doa. Doa yang perlu diucap setiap kali memandang suami dan juga anak-anak adalah doa yang sentiasa di baca ketika solat.


Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Furqan:74)

Sebagai seorang ibu, walaupun nakal mana pun anak-anak kita, di harapkan anak-anak yang dilahirkan dapat menyejukkan mata kita. Di sini kesabaran seorang ibu bakal diuji. Namun berkat kesabaran itu, Allah akan sentiasa membantu hambaNya. Percayalah bantuan Allah itu. Insya Allah. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang sabar. Sebagai ibu bapa juga, kita perlu menjadikan role model kepada anak-anak kita. Kerna setiap gerak-geri kita bakal diperhatikan dan dijadikan contoh kepada anak kelak.


Majlis kemudiannya diteruskan dengan 5 ciri Baiti Jannati


  1. Jadilah ibubapa yang mithali dan bukan misaili..( garangla maksudnye, diambil dari perkataan misai..hehehe..)
  2. Jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (bagi anak-anak, dan kita sebenarnya..)
  3. Pastikan rezeki yang diberi kepada keluarga kita adalah daripada sumber yang halal. –bukan dari segi makanan halal tetapi cara perolehan rezeki juga. Di sini perkara yang disentuh mengenai amanah kita sebagai pekerja supaya sentiasa tepati masa bekerja. Datang kerja tepat pada masanya bukan kerja jam 8 datang jam 9 pagi.
  4. Amalkan doa dan zikir seperti doa nabi Yunus.

“LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN

Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim (Surat Al Anbiyaa: 87)

5. Berbuat baik dengan ibu bapa termasuk ibubapa mertua


Ini hanyalah sedikit perkongsian daripada apa yang aku dapat ketika majlis HELWA. Walaupun tiada pengalaman sebagai isteri apatah lagi seorang ibu, namun inilah yang terbaik aku yang dapat sampaikan.


Melihat kaum ibu duduk menuntut ilmu berkaitan dengan rumahku syurgaku, membuatkan aku berasa sangat kagum dan berterima kasih kepada kakak-kakak yang sangat bersabar dalam menghadapi kerenah suami dan anak-anak di kala berada di perantauan.


Moga Allah sentiasa membantu kalian dalam menyelusuri kehidupan berumahtangga dan aku doakan semuanya berbahagia hingga ke akhir hayat insya Allah.


Majlis kemudiannya diteruskan dengan resepi cendol oleh Puan Zurul yang telah berada di Sheffield selama 12 tahun.


Ingin tahu resepi dan cara-cara membuat cendol Puan Zurul, nantikan post akan datang....


 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .