“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.
Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:
“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”
“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”
Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.
MORAL OF THE STORY:
Terdapat 3 tahap iman dalam cerita di atas iaitu :
- Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
- Menyembah Allah keran takutkan api neraka dan inginkan syurga.
- Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka.
Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.
Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami.
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)
______________________________________________________________
**tazkirah ini di ambil drp tazkirah online
**tazkirah ini di ambil drp tazkirah online
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?