RSS

Monday 28 April 2008

Selamat Maju Jaya!!

Salaam

Seperti yang anda sedia maklum..AGM SMSA 0708 baru sahaja berakhir..dan anda mempunyai Women's Officer yang baru..

Tahniah kepada Norazian bt Che Puzi , 1st year Biology atas perlantikan dan pemilihannya sebagai Women's Officer 08/09....Moga Azian dapat memajukan lagi Unit ini...Insya Allah!!

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas segala kerja saya selama ini...

Maaf sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang tidak sempat dilakukan pada sesi lepas . Insya Allah mungkin sesi baru ini boleh melakukannya...(",)

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kaum wanita di Sheffield atas segala sokongan ke program-program yang dijalankan. Moga ukhuwah kita sentiasa bertambah dari hari ke hari, insya Allah.

Terima kasih juga kepada pembantu saya, Siti Fairus Ismail atas segala bantuan selama bekerja bersama-sama saya. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan.

Akhir kata, raikan perbezaan, raikan persamaan...indah nya ukhwah itu sekiranya kita bersama-sama dalam proses menjalani kehidupan di Sheffield.

Kepada final year, moga semua terhibur atas kehidupan anda di Sheffield. Selamat berjaya dan selamat semuanya insya Allah.

Jangan lupa jenguk blog smsawomen

http://smsawomen.blogspot.com/

Wassalam wbt

Yang mengundur diri,
Eliyana Saliha Elias
ex-SMSA Women's Officer

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .