RSS

Tuesday 29 April 2008

Satu permulaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Assalamualaikum wbt, semua.

Semoga semua berada dalam limpahan iman dan keyakinan kepada Allah swt.

Terima kasih kepada Kak Elli atas post sebelum ini. Saya Norazian binti Che Puzi, 1st Year Biology telah dipertanggungjawabkan untuk memegang women’s officer untuk sessi 2008/2009. InsyaALLAH, saya akan cuba sedaya upaya untuk memajukan unit ini. KERJASAMA daripada semua amat saya alu-alukan demi memastikan unit ini terus maju pada masa hadapan.


Terima kasih kepada semua kerana menyokong blog ini. InsyaALLAH, saya akan memastikan smsawomen.blogspot menjadi wadah pengantara dan perkongsian ilmu dikalangan smsa women di Sheffield. Jika terdapat article, resepi atau apa-apa sahaja yang ingin dikongsi bersama dalam blog ini, bolehlah emailkan kepada saya di r_zyan87@yahoo.com.my.


Saya juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan aktiviti yang menarik untuk dijalankan untuk sessi ini bagi merapatkan ukhwah dan kebersamaan antara smsa women di Sheffield.


Saya akhiri post kali ini dengan serangkap pantun:


Buah cempedak di luar pagar.

Ambil galah tolong golokkan,

Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.


Wassalam…


Ukhwah persis untaian tasbih, ada permulaan, tiada pengakhiran.
Ukhwah Fillah Abadan Abada

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .