RSS

Monday 21 April 2008

PUDING GULA HANGUS

Salam kembali

Kini bertemu kita di alam masakan, alam rumah tangga..Perempuan tak leh lari dari dapur yer..=p

Terima kasih kepada adik kita Azian 1st year kerana ingin berkongsi resepi Puding Gula Hangus,
siap ada gambar lagi tu..gambar original..=)

Jadi kawan2 jom kita cuba resepi ni...


BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN A

4 Biji Telur Ayam

1 tin susu cair

2 sudu tepung kastard

½ cawan gula

2 sudu air limau.


BAHAN B

1 cawan gula.

sedikit air.


HIASAN

kismis


CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan BAHAN A ke dalam blander dan kisar hingga kembang.

Masak 1 cawan gula sehingga cair dan berwarna keperang-perangan dengan api yang sederhana. Selepas itu, masukkan sedikit air.

3. Kemudian masukkan gula yang telah di cair tadi kedalam bekas pembakar seperti loyang
atau mangkuk yang tahan panas.

4. Taburkan kismis.

5. Masukkan BAHAN A yang telah dikisar tadi kedalam bekas pembakar yang telah di isi dengan gula dan kismis tadi.

6. Kemudian bolehlah dikukus selama 45minit sehingga masak atau di bakar.

7. Bagi yang memilih untuk membakar didalam oven, suhu adalah dalam 175

darjah celcius. Bekas pembakar perlulah di rendam dalam bekas yang berisi air.


CADANGAN HIDANGAN:

Sejukkan didalam peti sejuk dan hidangkan bersama koktel.


SELAMAT MENCUBA =)


Cuba jangan tak cuba...!!!



 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .