RSS

Monday 21 April 2008

PUDING GULA HANGUS

Salam kembali.....

Kini kita masuk ke alam masakan...alam rumah tangga ni...hehehe...

Perempuan kena rajin masak yer =p

Ni ada resepi puding gula hangus yang kawan kita nak share...

TQ kepada adik Azian...=)

Nampak cam sedap je...jom nak kita cuba...



BAHAN-BAHANNYA:

BAHAN A.

4 Biji Telur Ayam

1 tin susu cair

2 sudu tepung kastard

½ cawan gula

2 sudu air limau.


BAHAN B.

1 cawan gula.

sedikit air.


HIASAN.

kismis


CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan BAHAN A ke dalam blander dan kisar hingga kembang.

2. Masak 1 cawan gula sehingga cair dan berwarna keperang-perangan dengan api yang sederhana. Selepas itu, masukkan sedikit air.

3. Kemudian masukkan gula yang telah di cair tadi kedalam bekas pembakar seperti loyang atau mangkuk yang tahan panas.

4. Taburkan kismis.

5. Masukkan BAHAN A yang telah dikisar tadi kedalam bekas pembakar yang telah di isi dengan gula dan kismis tadi.

6. Kemudian bolehlah dikukus selama 45minit sehingga masak atau di bakar.

7. Bagi yang memilih untuk membakar didalam oven, suhu adalah dalam 175

darjah celcius. Bekas pembakar perlulah di rendam dalam bekas yang berisi air.


CADANGAN HIDANGAN:

Sejukkan didalam peti sejuk dan hidangkan bersama koktel.


CADANGAN HIDANGAN:

Sejukkan di dalam peti sejuk dan hidangkan bersama koktel.


SELAMAT MENCUBA =)




 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .