RSS

Monday 21 April 2008

Anda sihat?

Cuaca sangat tidak dijangka akhir-akhir ini....

Moga2 semuanya dapat menjaga kesihatan dengan baik.

Tetapi adakah kita pernah terfikir, adakah sihat diri kita? Sihat fizikal tetapi adakah sihat dalaman?Sihat dalaman tetapi adakah sihat fizikal? Seperti kata orang, jangan disangka di sebalik senyuman,itu tiada kerisauan...tetapi tidak pelik jikalau wujud satu rahsia tersendiri....

Jikalau tidak sihat, cepat2 jumpa doktor...Semakin hari,umur makin meningkat. Dengan urusan akademik yang menyebabkan kita sering duduk di rumah tanpa aktiviti riadah mungkin menyebabkan kita terlupa tentang kesihatan. Enak dengan keselesaan di rumah, dengan makanan yang macam-macam kandungannya...tanpa memikirkan kandungan gula dan kandungan garam yang diambil.

Ini antara link yang boleh dirujuk tentang kesihatan wanita.

http://www.cdc.gov/women/checkup/

Tidak perlu malu untuk berjumpa doktor. Lebih baik mencegah daripada mengubati.


Kepada yang ada masalah dalaman seperti tekanan, masalah akademik, keluarga dan lain-lain..Jangan simpan sorang2...Carilah rakan yang boleh dipercayai untuk mencurah perasaan tersebut. Tak pun jumpa jer senior2..cam akak ke..hehehe...

Moga semuanya sihat insya Allah.

K wslm wbt

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .