RSS

Monday 21 April 2008

SMSA Women di bloggers!!

Assalamualaikum semua!!!

Apa khabar?

Harap semuanya sihat2 insya Allah...

Untuk pengetahuan, ahli SMSA semua. Kini SMSA Women muncul di bloggers!!

Moga dengan kelahiran blog SMSA Women ini bakal membina cetusan idea serta perkongsian buat semua wanita di Sheffield khasnya.....

Konfius dengan Yahoo Group SMSA Women dan blog?

Yahoo Group akan berfungsi sebagai medan 'announcement' supaya ahli lebih peka dengan pemberitahuan aktiviti SMSA dan juga ahli yang ingin mengajak untuk aktiviti yang dianjurkan sendiri.

Manakala blog ini berfungsi sebagai wadah perkongsian ilmu daripada segi kesihatan, tazkirah, resepi, dan lain-lain yang di rasakan perlu.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi artikel bolehlah hantarkan artikel anda pada SMSA Women Officer anda!!

Moga ketemu lagi...

Sedikit renungan buat permulaan blog:

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis sahih)

Ukhuwah fillah!!

Eliyana Saliha Elias..=)

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .