disini saya ingin bawakan satu artikal yang di tulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Judi dalam ruangan Kemudi Hati di dalam majalah Anis. Semoga bermanfaat.....
IBU MEMBERI BUKAN UNTUK MENERIMA Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Judi
Ibu memberi bukan untuk menerima
saya benar-benar tersentuh. Air mata hampir menitis. Kata-katanya singkat,namun padat dan menyentuh. Tuan Syed (begitulah panggilan saya kepadanya) bercerita seadanya. Perlahan, seakan-akan berbual ringan.
"Cuba cerita apa keistimewaan ibu Tuan Syed?"
"semua ibu istimewa"
"Tapi saya ingin dengar kisah ibu Tuan Syed.Ya,semua ibu istimewa... tetapi keistimewaan seorang ibu dengan yang lain pasti tidak sama.Apa keistimewaan ibu Tuan Syed?"pinta saya seakan merayu.
"saya teringat.....," Tuan Syed mula bercerita, "suatu hari semasa umi sangat uzur, dia ingun turun tangga melihat halaman rumah. Sakitnya kian berat.Badannya lemah.Saya papah umi menuruni tangga..."
Saya mendengar penuh minat.
"Tiba-tiba umi berkata, umi risau, kalau umi meninggal nanti, siapa lagi yang akan doakan kamu!"
Saya tersentak.Benar-benar tersentuh. Jika sayalah di tempat ibu Tuan Syed itu, mungkin kata-kata saya berbeza.Mungkin saya akan berkata begini " Kalau umi meninggal nanti, siapalah antara anak-anak umi yang nak doakan umi ya?" Teapi sebaliknya bagi ibu Tuan Syed di depan saya. Dia bimbang kalau tidak dapat 'memberi' sedangkan saya bimbang kalau tidak dapat 'menerima'.
Siapa lebih bertuah.
"Apa kesan daripada kata-kata ibu Tuan Syed?" cungkil saya.
"Semenjak itu hingga kini...selepas lima tahun kematiannya, saya tidak pernah luput daripada mendoakannya setiap kali selepas solat lima waktu. Kata-kata itu sangat berkesan di hati saya."
Matanya mula berair.Sebak.Jiwa saya 'terpukul'. Ah, lalainya kau,kekadang lupa juga mendoakan ibu seusai solat lima waktu.
Kini setelah hampir sebulan perbualan itu berlalu, hati saya masih sukar memutuskan.. siapakah yang lebih bertuah, Tuan Syed yang mendapat ibu yang baik atau ibu Tuan Syed yang mendapat anak yang baik? Tapi hakikatnya, siapa yang menyayangi akan di sayangi. Siapa yang tinggi kasihnya, dialah yang paling banyak memberi...Ya, kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!

AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?