RSS

Wednesday, 9 July 2008

apa khabar semua??

Assalamualaikum wbt....

apa khabar semua, baik yang berada di Malaysia mahupun yang masih berada di Sheffield.

semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, lebih2 lagi yang berada di sisi keluarga sekarang nie...

bagaimana dengan cuti??? hopefully, cuti 3bulan nie digunakan sebaik mungkin. bagi yang berada di Malaysia inilah masanya untuk bersama-sama family, berjumpe kawan-kawan lama atau melawat sekolah2 yang telah lama di tinggalkan.

walau apa pun yang kita lakukan,semoga ia bermanfaat kepada kita dan yang lain...insyaAlllah

saje nak share satu majalah untuk wanita iaitu majalah ANIS terbitan Geleri Ilmu Sdn. Bhd. Bersesuaianlah dengan moto majalah ini iaitu pedoman wanita solehah. Jadi pelbagai isu dan tip2 berguna dalam memacu diri menjadi wanita solehah ada dalam majalah nie.

di bawah adalah cover malajah untuk bulan julai. Ia mengupas isu Wanita, Sihir dan Saka. Selain itu ada juga ruangan kisah kehidupan, keluarga,rohani,kreatif dan si dara pingitan.


bagi saya majalah ini sangat bermanfaat dalam mengingatkan kita tentang kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika di Sheffield kita punya usrah hampir setiap minggu dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain dan di Malaysia kita jarang mendapat peluang itu...mungkin melalui pembacaan kita terhadap bahan2 ilmu yang bermanfaat seperti majalah anis dapat membantu kita memuhasabah diri dan istiqamah dalam melakukan ibadah...insyaAllah...

selamat bercuti kepada semua SMSA WOMEN, semoga cuti kalian bermanfaat...

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .