RSS

Tuesday 22 April 2008

Berhati-hatilah wahai kaum wanita Sheffield!!

Salam

Tajuk menarik bukan? Berhati-hati? Kenapa yer?

Baru-baru ini terdapat perkara yang pelik dan jarang berlaku di Sheffield.

Selama 3 tahun saya tinggal di Sheffield, tak pernah pula saya dengar cerita ini.

Kejadiannya adalah terdapat orang tua yang tiba-tiba akan menyapa anda serta akan bertanya soalan yang luarbiasa.

Dua orang mangsa telah terkena dalam kes ini.

Suspek utama adalah lelaki dalam lingkungan umur 40-an. Tidak pelik dengan keadaan ini kerana seperti kita tahu, orang putih memang friendly.

Dia akan memulakan perbualan seperti biasa, tetapi mula menjadi pelik apabila soalan-soalan yang sangat peribadi telah cuba di tanya kepada mereka.

Kemudiannya mangsa telah cuba menjawab dengan baik (dan tidak panik!) tetapi ketika itu, mangsa telah merasa pelik dengan soalan2 berikut dan merasakan sesuatu yang ganjil berlaku.

Kejadian ini berlaku pada petang jam 3 ahad lepas serta isnin tengahari iaitu semalam.

Terdapat juga mangsa yang diminta untuk mengajak lelaki itu minum teh dan lain2..tetapi mangsa dengan bijak bertindak dalam mencari helah untuk tidak mengikut kehendak lelaki tersebut.

Suspek lelaki adalah gigi jarang, kurus dan beruban.

Jadi kepada semua wanita di luar sana, berhati-hatilah yer!!

Ambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Kalau boleh jangan jalan berseorangan, jalanlah dalam berkumpulan dan jikalau seorang pun ambil langkah bijak mengikut situasi.


 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .