RSS

Wednesday 14 April 2010

wanita dan nyamuk

adakah aku seorang yang anti-wanita?rasanya banyak juga post aku yang seolah-olah membenci mereka..ehehe..akan tetapi perkara ini tidak benar sama sekali..

ahad yang lepas [11/04/10]..aku menghantar kawan aku menaiki bas di LCCT..sambil menunggu bas, kami membuat keputusan untuk menikmati hidangan tengah hari dahulu..sedang aku mengangkat makanan untuk duduk di kerusi, tiba-tiba aku terpandang seorang wanita berbaju merah sedang duduk menanti aku..bukanlah..menanti seseorang..[dia seorang pramugari melayu]

memakai skirt atas paras lutut sambil duduk dan tidak mengepitkan kakinya..terdedah begitu sahaja.. sambil duduk yang agak kurang sopan..pasti ada antara korang yang berfikiran tidak elok kat aku ni..mesti kata aku tengok ni..eheh..kalau terpandang kali pertama..itu dianggap rezeki..tak begitu..eheh..lagi pun masa tu pandangan tepi sahaja.
tapi aku tak rasa pun itu rezeki..rasa sedih ada la..sebab dia buat seolah-olah tidak ada apa yang berlaku..tanpa segan silu..

teringat aku ketika pulang dari solat isyak lebih kurang sebulan yang lalu..berselisih dengan kereta yang menggunakan lampu tinggi [high beam]..pastinya menyilaukan mata memandang..tapi dalam keadaan silau itu..secara refleks mata aku mengecil..tapi masa tu aku tetap nak tengok cahaya itu..walaupun cuma curi-curi pandang sahaja [mungkin tidak semua yang akan pandang cahaya tu..tapi aku tulis berdasarkan apa yang aku alami..eheh]
maka terbitlah perumpamaan yang aku rasa sesuai dengan aurat wanita..

“melihat aurat wanita umpama melihat cahaya lampu tinggi kenderaan di waktu malam..sakit mata memandang..namun tetap juga ingin dipandang”

maksudnya..kita tahu melihat aurat wanita itu berdosa..tapi tetap juga ingin melihat..tapi tidak semua pun orang lelaki bersifat begitu..jadi jangan buat penaakulan mantik ye..eheh
semoga aku dan lelaki-lelaki di luar sana tabah menghadapi dugaan iman ini..cewah..eheh

akhir-akhir ini aku merasakan aku sudah tidak ber‘jimat’ lagi dalam pergerakan ketika menunaikan solat..aku dapati kadang-kala pergerakan [tangan] yang aku buat sangatlah tidak berpatutan..

kalau kena gigitan nyamuk boleh terima lagi untuk menggerakkan tangan menggaru tempat yang gatal..tapi kadang-kadang cuma pergerakan yang ‘mengada-ngada’ tanpa tujuan..tapi masih tidak lebih tiga perbuatan berturut-turut la..rasa sia-sia pun ada..hurmm
hikmah ‘kekuatan’ bagi seorang lelaki dan hikmah ‘kelembutan’ bagi seorang wanita sedikit sebanyak terbukti di dalam solat..

orang lelaki lebih terdedah kepada faktor luar yang mengganggu di dalam solat..gigitan semut dan nyamuk barangkali..terdedah sama sekali kepada musuh dan bahaya [tak lah bahaya sangat pun..eheh]..tapi kami tidak kisah pun..kami memang kuat..eheh..lantaran itu solat [apatah lagi solat berjemaah] sedikit sebanyak melatih kaum lelaki supaya berani menentang musuh..

orang wanita pula memakai telekung dan oleh itu lebih selamat dari gigitan-gigitan nyamuk dan semut serta musuh-musuh lain yang mengganggu ketenteraman..kerana mereka perlu menutup segala auratnya di dalam solat..yang terdedah cumalah bahagian muka sahaja..nyamuk [musuh] pun tak berani rasanya nak kacau..[sebenarnya nyamuk kesian kat korang..eheh]
lihat betapa di dalam solat juga Allah telah membuktikan peri pentingnya seorang wanita menutup aurat dengan sempurna..kerana wanita bersifat lemah lembut..tambahan pula wanita memang mengada-ngada orangnya..ahaha..bukan begitu..wanita sememangnya lemah dari segi fizikal berbanding orang lelaki

berbalik pada cerita aurat tadi..andai kita ibaratkan nyamuk itu sebagai musuh..pasti nyamuk tiada atau kurang berpeluang untuk mengambil kesempatan untuk menggigit mangsanya..lihat betapa selamatnya wanita-wanita yang menutup aurat ini..
akan tetapi hari ini ramai wanita lebih suka dihinggap dan digigit oleh ‘nyamuk’.[oh tidak..jangan anggap aku sebagai nyamuk pula ye..ahaha]

kiasannya wanita menutup aurat lebih selamat daripada musuh dan lebih membuktikan mereka seorang yang lembik dan mudah menangis..heheh..bukan begitu..mereka mempunyai sifat yang lemah lembut berbanding kaum lelaki
orang lelaki juga sebenarnya amat hormat dan malu untuk mendekati wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna..lihatlah bagaimana Allah memelihara kaum wanita dengan perintah agar mereka menutupnya dengan sempurna..sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu

wanita itu lebih lemah berbanding lelaki dari segi fizikalnya..wanita juga lebih lemah lembut dari segi perbuatannya berbanding lelaki..suka la tu kena puji..sudah la..full stop..hehehe

tutuplah aurat dengan hati yang ikhlas tanpa ada rasa paksa..insyaAllah Allah sayang..bila Allah sayang..maka lindungan Allah pasti datang..
apa pun bukan semua lelaki bersifat seperti nyamuk..jadi kalau seorang wanita ingin selamat dari gigitan nyamuk..haruslah dia memakai kelambu [menutup aurat] dengan sempurna untuk melindungi dirinya


moral: kelambu dapat melindungi dari gigitan nyamuk

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .