Aku belum temui
Aku belum ketahuan
Puas sudah
Aku mencari kebahagiaan
Di sisi teman2
Tapi aku hampa
Kerana apa yang aku peroleh
Hanya kelalaian
Aku mencari lagi
Di hati seorang kekasih
Tapi aku gagal
kerana apa yang aku peroleh
Hanyalah kekecewaan
Dan aku terus mencari dan mencari
Dalam meniti hari yang penuh lesu
Kosong
Ya Allah
Di mana lagi harus aku mencari
Sudah lelah aku membawa sekeping hati ini
Yang sarat dengan rindu
Penuh dengan cinta
Namun keduanya tidak berhaluan
Aku keliru
Aku buntu sendiri
Apa yang aku cari
Apa yang aku dambakan
Aku masih tidak lagi bisa mengerti
Yang aku pasti
Kekosongan hati ini
Mula merayu minta diisi
Sejenak aku mula terjaga
Aku rupanya mencari satu CINTA
CINTA yang agung
Yang membuatkan jiwaku merindukan
Hakikat kebenaran
Satu cahaya yang menyinari kegelapan
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan
Aku sedar
Destinasi pencarianku di sini
Aku tahu
Aku mencari-Mu Tuhan
Mengharapkan keredhaan
Menagih kebahagiaan
Mendamba cinta
Dan
Sinar cahaya iman
notakaki:-sumber dari sini..she's a good poet..blehlah try2 nak tulis sajak pasni??
AllBlogToolsFacebook comments for blogger brought to you by AllBlogTools.com , Get Yours?