RSS

Monday 7 December 2009

Awak nak yang mana??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbkt

Arini saya membaca. Baca dan baca..Sebab membaca pun sumber ilmu. Tapi dunia sekarang ni mcm2 sumber ada. Bukan hanya boleh didapati melalui pembacaan, video pun banyak..

Paling pouplar, youtube la..Sampai ada yang kata tadi belajar MATLAB melaui youtube..Mantap montoya lah!
Ok, back to the topic..saya nak share few hadith yang saya baca arini..Again, mengenai wanita..Sebab?? Sebab saya wanita la..Tapi yang bukan wanita pun patut baca ni..Sebab?? Nnt kamu, kamu dan kamu juga yang akan kahwin dengan wanita..Hehe..


  • Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).
  • Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka maka beliau bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita". Sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)
  • Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
  • Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”.
  • Baginda rasulullah juga bersabda : “Bersedeqahlah kalian! Kerana kebanyakkan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari)





Asal kejadian manusia, dari fetus kepada bayi suci..
Mengapa kini terlalu banyak dosa yang terpikul???????


Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah dengan yang ni dahulu..Kalau kita perhatikan, banyak dari hadith2 ni kata wanita akhir zaman sangat suka mengeluh, tidak bersyukur dengan apa yang dia ada, malah merungut2 pada sang suami mahu lebih dari apa yang dia miliki.

Dalam konteks kita yang masih belum berkahwin, ketaatan kita perlu di salurkan kepada kedua ibu bapa. Tapi suatu hari nanti, kita pasti akan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Suami yang bagaimana yang kita mahu andai kita sendiri tidak berusaha menjadi wanita yang baik? Anak2 yang bagaimana yang kita mahu andai kita tidak layak memberi ilmu agama pada anak2? Maka, sudah bersediakah kita memilih neraka atau syurga sebagai kediaman abadi kita??



“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

Allahua'lam

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .