RSS

Saturday 28 November 2009

Takbir Aidil Adha @ Sheffield 2009

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbkt

Alhamdulillah Khamis (26 November 2009) yang lalu, kita diberikan nafas dan nikmat Allah lagi untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha, hari memperingati pengorbanan kisah Nabi Ibrahim a.s yang taat setia kepada perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi membuktikan cinta nya kepada sang Pencipta..

Syukur juga kerana kita sekali lagi dapat berkumpul bersama sama bertakbir di ambang malam raya. Mungkin tidak semeriah di tanah air tapi cukuplah ini mengubat kerinduan sesama kita dan merapatkan ukhwah yg sering dihimpit kesibukan kita..

Terima kasih kepada semua tuan-tuan rumah yang sudi menyediakan ruang terbaik untuk dilaksanakan program takbir dari rumah ke rumah dan juga menyediakan juadah ringkas untuk santapan tetamu. InsyaAllah Allah jua yang mampu membalas jasa anda semua..

Antara rumah yang berjaya di serang :

  1. 5 Filey - Eceh, tipu saje. Muak dah asyik buat kat rumah ni maka tahun ini, kita serang rumah orang lain pulak! Saje je letak nama rumah di sini..(jangan marah)
  2. 34 A Holberry Garden -Niesa, Timah dan Bazilah
  3. 18 Havelock - Ayu, Mira, Farzana dan Fatyn
  4. 16 Havelock - Wani, Kak Raudhah, Kak Zulfa dan Kak Azie
  5. 15 Havelock - Izzati, Yaya, Tikah, Fizah, Farah dan Ija



Mereka tidak sedar video ini di rakam dari awal. Seronok tengok muka gembira dan excited masing-masing especially kak Alia kita!




Semangat sungguh rakan-rakan kita ni ya..Lagi sekali..tak jadi lagi ni!




Haaa.yang ini ok kot? Hehe..Layan je la..



SMSA WOMEN mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua warga Sheffield.
Jumpa lagi di tahun hadapan!!

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .