RSS

Saturday, 24 January 2009

Hadith 18 - Taqwa

Hadith 18


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Daripada Abu Zar Jundud ibn Junadah dan Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a daripada Rasulullah S.A.W , bahawa baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun dimana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia dapat menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik. Hadis riwayat al-Imam al-Tarmizi. Beliau berkata: ini adalah Hadis Hasan. Dan setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.


Hadith di atas menerangkan mengenai konsep bertaqwa kepada Allah iaitu menjadikan kita sebagai Hamba Allah swt yang dapat memisahkan kita daripada Azab Allah swt dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.Kelak kita akan mendapat rahmat daripada Allah swt.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hadith yang dipetik dalam hadith diatas menyatakan bahawa penyebab untuk kita masuk kedalam Syurga Allah, bukanlah disebabkan amalan seharian kita sahaja tetapi Rahmat daripada Allah swt. Kerana jika di kira,di congak kembali amalan seharian kita amat kerdil jika dibandingkan nikmat syurga yang bakal kita perolehi. Oleh itu, dengan bertaqwa kepada Allah, insyaAllah kita akan mendapat nikmat daripadaNya.

Orang yang bertaqwa kepada Allah juga tidak mendekati perkara-perkara yang syubaah. Dalam kontek kita sebagai pelajar di luar negara, aspek pemakanan mestilah dititik beratkan. Jauhilah makanan yang kita tidak dapat memastikan halal atau haram.


Setiap kejahatan yang kita lakukan perlu diiringi dengan kebaikan. Allah berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah:135

“dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah: Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui”


Kita sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kejahatan atau dosa. Tapi kita harus sedar bahawa kita tidak seharusnya terus-menerus melakukan perbuatan kejahatan tersebut. Dan setiap kejahatan yang kita lakukan itu, cubalah untuk dilakukan perkara kebaikan seperti bersedekah, menghadiri majlis ilmu atau menolong orang. Agar kita tidak mensia-siakan nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita secara sementara.

Dalam hadith ini juga ditekankan konsep kasih sayang iaitu ” mengasihi sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri”. Bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik. Sama-sama berpesan dan mensihati antara satu sama lain adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa cinta dan kasih kita kepada sahabat-sahabat kita.

Janganlah menjadi orang-orang yang rugi dan muflis di akhirat kelak, dimana apabila selangkah lagi kaki kita ingin menjejaki Syurga Allah, kita dipersoalkan oleh orang disekeliling kita kerana tidak menasihati dan mengajak orang-orang disekeliling kita membuat perkara-perkara kebaikan.

MAri sama-sama kita muhasabah diri, menilai kembali sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah. Sejauhmana kita menghalang diri kita daripada kecelakaan dan azab yang teruk di Akhirat nanti.

p/s: iringilah setiap kejahatan yang kita lakukan dengan kebaikan…

Umar al-Khattab pernah bertanya mengenai taqwa kepada Ubay bin Kaab lalu Ubay bertanya kembali kepada Umar, “Pernahkah kamu melalui jalan yang ada duri?” Jawab Umar, “Sudah tentu.” Ucap Ubay lagi, “Apa yang kamu buat?” Jawab Umar, “Saya menyingsing kain lalu saya berjalan dengan cukup berhati-hati.” Ujar Ubay, “Itulah dia TAQWA”.

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .