RSS

Friday 30 May 2008

Ungkep

Assalamualaikum warahamtullah..
(Kak Zulfa Hanan)

Hai semua !!! Pertama-tamanya, saya ingin memohon maaf jikalau artikel yang ditulis ini bersifat agak kurang formal. Saya cuba jugak menulis dalam format ala-ala ‘skema’. Tapi, dah jadik macam kaku je. Tak tahu nak tulis apa.. hehe.. So, saya tulis artikel resepi ini dalam keadaan rilek2 dan aman sentosa je ek. Supaya yang membaca pun rasa rilek dan rasa nak mencuba resepi ini.. Hehehe.. sebenarnya, artikel masakan ini ditulis atas permintaan saudari azian sendiri (merangkap smsa women’s officer yang kita semua sayangi… bodek-bodek sikit.. kalau tak, dia tak upload plak resepi ni nanti...hehehe).Selain itu, saya juga berminat untuk berkongsi resepi masakan ini kerana ia sangat mudah untuk disediakan terutamanya dikala kita semua dihambat dengan kesibukan kerja. Walaupun mudah disediakan, tetapi rasanya sangat lazat. Ala-ala rendang gitu.. hehehe~ Sebenarnya, masakan ungkep ini sangat terkenal di kalangan orang-orang jawa (saya la salah seorangnyee..huhu). Tetapi kawan-kawan semua, sahabat-sahabat sekalian, ini tidak bermakna hanya orang-orang jawa sahaja yg boleh memasak mahupun memakan masakan ini. Semua bangsa,suku kaum, jantina, semuanyeee boleh mencuba masakan ini yee puan-puan. Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya terangkn dahulu sejarah masakan UNGKEP ini.. masakan ini berasal daripada jawa. Setelah dibuat kajian, (ecece.. konon2 jeee.. hehe), UNGKEP itu bermaksud tutup. Sebab cara nak masak ayam nih, waktu nk tunggu reneh tu, kita tutup dia. tu yang dapat nama ayam masak UNGKEP. Atau untuk rasa lebih kemelayuan sikit, boleh la panggil ayam masak tutup..hehehehe… Mungkin jugak ramai yg akan keliru dengan cara sebutan yg betul masakan ini. Oleh itu, kalau ingin mengetahui cara sebutan yg betul, boleh la ber’guru’ dengan saudari eli a.k.a eliyana saliha. Kerana beliau adalah seorang gadis berdarah jawa yang sejati.hehehe. tanpa membuang masa puan-puan,Saya senaraikan dahulu bahan-bahan yg diperlukan untuk memasak masakan ini.


Bahan-bahannya ialah :


Bahan utama:


1/2 ekor ayam - potong 8
2 sudu besar ketumbar -disangai
1/2 sudu besar jintan halus/putih-disangai
2 cm halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 sudu besar cili kisar - optional
garam secukup rasa
minyak masak
air


Dan seterusnya, saya sertakan pula cara memasaknya..


Mula-mula, tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus. Lepas tu, tumbuk pula halia, bawang merah dan bawang putih. Kalau boleh, elakkan dari blend bahan-bahan nih untuk mengekalkan keaslian rasanya. Cewah… tapi, kalau dah rasa malas sangat atau memang takde masa, boleh je kalau nak blend. Lepas tu,panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar dan tumis sehingga garing dan naik bau... (tiba-tiba rasa lapar la pulak..hehe). bagi yang otai-otai yang suka makan pedas-pedas tuh, nak bagi pedas dia kaw-kaw sikit, boleh je nk masukkan cili kisar lebih sikit. Tapi,selalunya, saya tak letak byk sgt.. sebab housemate saya tak makan pedas.. cewah.. padahal malas nk buang biji lada kering tu..hehehehe…lepas tu, boleh la masukkan ayam dan sedikit air. Untuk menambahkn lebih kelazatan, boleh la masukkan asam keping dan serai…kemudian, renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat dan kering sikit. Ala-ala rendang gitu. Lepas tu, masukkan garam secukupnya dan kemudian,boleh lah diangkat. Lepas angkat tu, letak la kat pinggan yee.. pastu, boleh la bagi orang makan. Huhuhu….


Tak susah kan? Sangat mudah dan lazatttttttt.......... kalau teringin sangat nak rasa masakan ni, tapi macam malas-malas nak memasak, boleh je berkunjung ke rumah eli a.k.a eliyana saliha. Dia dah cuba memasak masakan ini hari tuh.mesti sedap kan? Hehehe..


Akhir kata, sepuluh jari disusun memohon ampĆ³n dan maaf kalau ada tersalah kata ataupun penulisan yang tak berapa nak bergaya. memang Sejak SPM dulu, saya memang lemah bab2 menulis karangan nih. Lagi byk mengarut daripada benda-benda penting.hehehe… harapan saya, agar artikel ini bermakna untuk semua.. kalau dah cuba-cuba memasak tu, jangan lupa jemput saya.. ngehehe~~


Sesungguhnya yg buruk itu dari saya, dan yang baik itu dari ALLAH jua.


Semoga sahabat-sahabat sekalian berada dalam lingkungan rahmat ALLAH.


Selamat mencuba ya puan-puan!


Renungan bersama :

“ banyak mata terjaga, banyak pula mata yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi. Tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah. Kelmarin, ALLAH telah menolongmu.. percayalah, esok pun, dia masih akan tetap menolongmu – imam shafie”


Rujukan : Kak NoorMasri (cari.com)

 
Copyright SMSA Women 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .